sekali anda tersungkur, Ingatah bahawa anda tidak mahu tersungkur buat selama-lamanya.

Monday 13 February 2012

Best Motivational video ever



Assalamualaikum ,



Tahun ini adalah tahun pengorbanan bagi sesiapa yang bakal menduduki peperiksaan tak kira lah sama ada peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM,STAM .

Sekarang dah masuk bulan dua . 2 minggu yang akan datang aku akan menduduki ujian penilaian 1 . Ya Allah terasa cepatnya masa berlalu. Aku masih lagi leka dan lalai dalam dunia khayalan yang aku cipta sendiri. Aku kena ubah sikap aku. Aku tak akan berjaya kalau aku masih lagi berada di zon selesa sekarang.

Masa tidak akan menunggu orang yang malas.

Ujian Diagnostik yang aku ambil minggu lepas dan minggu ini membuktikan bahawa aku seorang yang malas. Ya, Aku akui yang aku seorang yang malas untuk baca buku. Kenapa? kenapa? dan kenapa ? Aku tak paham dengan diri aku ini. 

Aku perlukan motivasi untuk berjaya, Ya, motivasi . Aku perlu uruskan masa dengan teratur. 

Pelajar yang cemerlang ialah 
seseorang yang bijak mengurus masa.


Kenal tak dengan Nick Vujicic. kalau tak kenal boleh klik [ sini ]. Aku menangis bila tengok Video Nick . Ya Allah, sungguh hebat dugaan yang kau berikan kepadanya .






Nick seorang yang tak pernah kenal erti putus asa. Ini ada sebahagin dari kata2 beliau. 

I love Living Life. I am Happy
If I fail, I try again, again and again.


Yes, If I fail, I try again,again and again Like you Nick. You're my Inspiration . 
bersemangat bila tengok video ni. Rasa mcm nak stay Up malam ni. selamat bermotivasi kalian semua.

No comments: