sekali anda tersungkur, Ingatah bahawa anda tidak mahu tersungkur buat selama-lamanya.

Thursday 13 December 2012

To lose Belly Fat

Assalamualaikum ,

   Sejak dah habis SPM baru aku perasan yang badan aku dah makin Berisi . Pipi pun bulat macam apammm . HAHA , Asyik makannn je lepastu tengak cerita korea takpun jepun . Qado balik apa yang terlepas . Hampeh sungguh perangai . -,-" (jangan tiru tau ! )


    Pagi tadi lepas balik dari jogging dapat mesej dari Aisyah . Dalam mesej tu dia bagitau yang berat dia sekian- sekian . Lepas baca mesej Aisyah terus muka tersenyum lebar . Masuk bilik ambik penimbang berat , tak fikir banyak dah , terus timbang berat badan . Makkkkkkkk ! berat naik sekiloooooooo . Apa ni Apa ni . Jogging setiap hari tapi berat naik . Sedihhhh tauuuu . wuwu :'(  . Capai phone terus Text Aisyah , Awak,awak, berat kita kan, naik sekilo T_T  . Aisyah Reply , Banyakkan bersenam ye dik :)


   I dread the mirror and feel fat . The way I look at it is this . . . . If I don't keep doing something about it by clean eating and exercising regularly I may be destroy my body .




40 kg ! Yeah ! I'll achieve that .


    Alhamdulillah kawan-kawan sentiasa ada disisi untuk memberi dorongan , Aisyah jogging sebab nak jaga badan . HAHA :D   Suryati jogging sebab kena paksa :) kena paksa pun seronok jugak dia joggging :) HusnaSya , kita lawan sapa slim dulu kan ? ahaaha :) awak selalu cemburu dengan saya, dan saya pun selalu cemburu dengan awak . Ohh, manisnya persahabatan ini dengan disinari Nur Agama . Noraini "banyakkan senaman lagi kawan, Congrates kawan" , "hang diet dok ?" " balik perlis nanti aku nak tengok hang kurus tau !" . Wehhh, aku rindu dekat hang gilaaaa . balik lah perlis . Aku akan pastikan sebelum hang balik perlis aku dah kurus mcm hang . Muahaaaa . and last but not least, keluarga  Jangan makan banyak sanggat . tengok along dengan kak yu . Muehheee, okay mak,ayah,paksu,makndak,makcik dan tok . Adik tak akan makan banyak aihhh, kalau lauk tak sedap. Ahaaa :D

  We'll exercises regularly . Takdapat PLKN kena lah jogging setiap pagi :) heeee .



stalk tumblr Aisyah sebenarnya :)
Anis : paling berat
Aisyah : paling ringan
Suryati : sederhana kurus 

     121212 - cantik tarikh hari ni :)
     Aku rindu kawan-kawan seperjuangan .

Tuesday 23 October 2012

diary

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah, Trial SPM dan Pra SPM dah habis .. next 2 week THE REAL ONE. SPM .Ooo, Allah, Sesungguhnya, aku masih lagi belum bersedia nak ambik SPM. Serious, Result exam pun tak begitu memberangsangkan. Setimpal lah dengan Usaha aku kan . Usaha pun sikit, Markah pun cukup2 makan lah .

Hubungan aku dengan kawan-kawan, keluarga , cikgu-cikgu, haiwan, Alam.. Alhamdulillah, tak ada conflict. Aku harap, aku tak akan ada conflict dengan mana-mana pihak .

Nak sanggat dapat result SPM elok . berharap sanggat .

Oh yea, hari ni, kawan-kawan aku pergi temuduga Darul Quran . Harap mereka semua lepas semua ujian Darul Quran . Amiiin . :)


Nanti kan , masa dekat Universiti, boleh lagi tak buat experiment dalam group ? . .
hewhew :3



group work . Preparation of salt




Heating 


p/s : Miss Cikgu Aslina ;'(

Sunday 7 October 2012

Assalamualaikum, dah lama tak update blog. Tetiba je rasa nak update blog malam ni.
Sebulan je lagi nak SPM. aku tak tau lah apa yang aku dah lakukan sepanjang tahun ni . Study pun tak hbis lagi, harapan mak dengan ayah menggunung . takut , takut sanggat kalau menghampakan diorang .




Saturday 31 March 2012

problematic

Assalamualaikum ,

Candid photo . I'm look very focused .



Sejak akhir-akhir ni aku dah jadi semakin sensitif, aku pun tak tahu sebabnya apa .   Aku jadi mudah terasa dengan perkataan yang diungkapkan pleh kawan-kawan aku .  Aku tak paham dengan diri aku . Yes, seriously, aku sendiri tak paham dengan diri aku,  Aku rasa macam lalang ditiup angin, angin bertiup dari arah barat, aku akan bergerak ke arah timur, angin bergerak dari arah selatan aku akan bergerak ke arah utara . 
Aku tak ada pendirian diri, Ikut je apa yang orang cakap yang aku rasa betul. aku tak ada lah lurus bendul sanggat nak ikut semua arahan orang . Bila aku cuba bagi arahan, aku tak tahu lah sama ada budak-budak dalam kelas aku tu bagi perhatian atau tak masa aku cakap. sometimes, aku rasa macam kawan - kawan aku tak suka dengan aku. I don't know why . Aku nak cakap dekat sini, kalau you guys ada masalah dengan aku,  tolong lah datang jumpa aku, cakap terus terang, apa masalah yang you guys hadapi dengan aku. Aku nak selesaikan semua masalah dengan damai. selesaikan masalah tanpa ada pergaduhan.  Mungkin ada salah faham ke, tak suka dengan cara aku ke atau apa2 je lah. come see me . kita cuba selesaikan masalah dengan cara profesional. 






Miss this moment 




sekarang dh bulan april , aku dah tak ada masa nak main dengan semua ni. aku akan bertegas dengan diri aku . Aku nak capai apa yang aku idamkan dengan izin Allah . Aku harap aku boleh capainya setelah aku berkerja keras untuk capainya . Aku harap aku boleh balas asa ibu dan ayah aku dengan memperoehi keputusan yang terbaik Spm nnti. 






Tuesday 13 March 2012

CUTI SEKOLAH



Assalamualaikum pelajar sekolah yang tengah bad mood walaupun cuti sekolah dah bermula . 


Kenapa bad mood ? Alah, jawapan yang paling sinonim sebagai seorang pelajar, Kerja sekolah yang cikgu banyak sanggat, sampai tak boleh nak balik kampung, sampai nak lepak-lepak dengan kawan-kawan pun tak sempat . Oh, well students, its normal okay, loads of homework to do at home. At least, kita boleh  luangkan masa untuk belek-belek buku walaupun tak ada mood nak buat homework . 



i want to study abroad


Sekolah anis kan, Hari Khamis 15/03 ni baru lah start cuti sekolah :( wuwu . Sbtu - rabu ada kem Putri Azzahra. Terima kasih cikgu kerana telah bersusah payah berkorban masa dan tenaga bagi memastikan kecemerlangan kami pelajar SPM tahun ini. I heart y'all . <3 . 

Aku ada masalah besar. Ya masalah besar. Aku perlukan bantuan. Masalah aku ialah aku tak tahu apa yang aku tak tahu., Its Big Problem . And Yes I know it.  What's the problem with me. Argghh ! I should be a good role model to my classmate because of I'm their monitor.


Spm is around the corner, AND I'm still playing with the gadget, tweeting, facebooking, blog walking and sleep. Buat pengetahuan semua, My fav hobby is sleeping. HAHA, anis memey suka tidur. sebab itu la pipi anis tembam macam apom . Anis ingat lagi masa form 3, Cikgu Tengku Cakap, Pipi sapa yang gelebih2 tuh dia jenis yang kuat tidur. Aku terasa lah jugak, tapi aku buat rilex je. HAHA :)))



READERS sekalian ,


Kenal tak dengan Shahrin Cool ? Kenal ? Good, awak semua ni memang menyenangkan kerja aku lah nk bercerita. HAHA. :) Shahrin umur dia sama dengan Aku, 17 Tahun . Jangan jeles Jangan Jeles tau :)) 





Ini yang menyebabkan Anis bersemangat nak struggle untuk SPM ni. 
Anis mungkin akan update blog ni sekali sekala . ;)
readers sekalian jangan lupa anis tau . 



tak sabar nak ambil SPM :))














Monday 27 February 2012

Exam Week

Assalamualaikum,








Hari ni  Ujian Penilaian 1 dah start . Alhamdulillah, semuanya berjalan Lancar . Cuma, ada masalah sikit dengan sejarah .  huhu :( Aku baca buku yang tingkatan 4 , hampir 60 % . tuptup masuk exam 100 % tingkatan 5 . Tingting, lepas tu start ah gelabah, Tetiba je garu kepala yang tak gatal. Haissh :( tapi,  aku cuba tenangkan perasaan aku, kalau gelabah sure ah tak boleh jawab, Zikir perlahan-lahan dalam Hati, harap Allah bagi petunjuk dan hidayah kepada aku, And Alhamdulillah, I can answer the question .


sentiasa basahkan lidah anda dengan zikrullah 



Esok, exam Kimia . Pray for me okay :)
Lagi beberapa bulan lagi aku akan menduduki peperiksaan SPM
Ya Allah, debaran kian terasa,

Aku harap aku dapat jadi seorang yang tabah, yang kental, yang mempunyai semangat yang kuat .
Lepas ni  tak mau cakap saja tapi tak buat .  Nak kena ubah diri , sikap , penampilan .

Kalau aku tak dapat keputusan yang bagus untuk ujian penilaian 1 ni, tak bermakna aku akan dpat result yang teruk macam ni sampai SPM .

Ingat tak Nick yuvicic cakap apa, " IF I FAIL, I TRY,TRY,TRY,TRY "







Sunday 26 February 2012

Yes, I'm still student

oh, hey, Assalamualaikum

Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Sibuk dengan sekolah, kelas tambahan, aktiviti kokurikulum, tuisyen. Jadual harian aku memang sangat padat sejak akhir-akhir ini. Mana tak nya, sebelum Matahari terbit aku dah pergi ke sekolah, matahari terbenam baru sampai rumah. See, memang macam ni kut kalau jadi seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Sejak aku pergi sekolah dan pulang dengan menaiki bas aku rasa banyak perubahan drastik yang berlaku pada diri aku . Aku jadi lebih banyak menhargai masa. Aku rasa Masa sanggat berharga Dari Emas .


Jadi ketua kelas sangat besar amanah yang diberikan oeh guru dan kawan-kawan. Aku rasa sifat kepimpinan aku masih lagi ditahap yang sederhana. Kadang-kadang aku rasa macam aku tak layak untuk pegang jawatan ini. Tapi bila difikir-fikir balik mungkin ini satu latihan atau peluang yang Allah berikan kepada aku. Entahlah, aku tak dapat nak bertegas dengan kawan- kawan aku. Aku tak pernah marah mereka. Mungkin aku seorang ketua yang boleh bertoleransi . Ceh ceh . HAHA. 

Minggu lepas aku dengan kawan- kawan aku join satu pertandingan. Mereka sepanduk sempena majlis penutupan Maulidur Rasul dengan Kuiz sempena Majlis Tilawah Al-quran ( MTQ). Alhamdulillah, walaupun kami tak menang . Tapi aku rasa, hubungan aku dengan kawan-kawan aku semakin rapat. Bekerjaama dalam  1 kumpulan memang best, lagi best kalau Team Work  sekepala. buat kerja lancar je . :)



Oh yea

Untuk makluman hampa semua,Esok , Isnin 27/02 aku dah start ujian penilaian 1. Aku harap aku tak dapat F lagi untuk Addmaths. Aku perlu korbankan benda yang kecil untuk dapat sesuatu yang besar  . Doakan aku ye :)) ACT,  Buku pun tak baca lagi. Mamfusss, 11 subjek wehh. Ceh ! buat teruk, 





Okay ah, Aku nak chau dulu, nak Lunch, lepas tu sambung study balik.  


Monday 13 February 2012

Best Motivational video ever



Assalamualaikum ,



Tahun ini adalah tahun pengorbanan bagi sesiapa yang bakal menduduki peperiksaan tak kira lah sama ada peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM,STAM .

Sekarang dah masuk bulan dua . 2 minggu yang akan datang aku akan menduduki ujian penilaian 1 . Ya Allah terasa cepatnya masa berlalu. Aku masih lagi leka dan lalai dalam dunia khayalan yang aku cipta sendiri. Aku kena ubah sikap aku. Aku tak akan berjaya kalau aku masih lagi berada di zon selesa sekarang.

Masa tidak akan menunggu orang yang malas.

Ujian Diagnostik yang aku ambil minggu lepas dan minggu ini membuktikan bahawa aku seorang yang malas. Ya, Aku akui yang aku seorang yang malas untuk baca buku. Kenapa? kenapa? dan kenapa ? Aku tak paham dengan diri aku ini. 

Aku perlukan motivasi untuk berjaya, Ya, motivasi . Aku perlu uruskan masa dengan teratur. 

Pelajar yang cemerlang ialah 
seseorang yang bijak mengurus masa.


Kenal tak dengan Nick Vujicic. kalau tak kenal boleh klik [ sini ]. Aku menangis bila tengok Video Nick . Ya Allah, sungguh hebat dugaan yang kau berikan kepadanya .






Nick seorang yang tak pernah kenal erti putus asa. Ini ada sebahagin dari kata2 beliau. 

I love Living Life. I am Happy
If I fail, I try again, again and again.


Yes, If I fail, I try again,again and again Like you Nick. You're my Inspiration . 
bersemangat bila tengok video ni. Rasa mcm nak stay Up malam ni. selamat bermotivasi kalian semua.

Sunday 15 January 2012

tragedis .

Assalamualaikum . . .

Hari Ahad yng amat memenatkan + memalukan = mematangkan diri aku .
pagi tadi selepas subuh, aku tertidur balik.(aku jarang tidur balik lepas subuh, nnt rezeki lari) tidur balik pun sbb smlm tidur lewat akibat berlaku suatu peristiwa.

I almost forgot that I got Physics tuition. time tgh tidur tuh, tetiba jer dengar bunyi mesej masuk. Mulanya malas nk baca mesej tu, tapi entah macam mana tangan dah laju tekan keypad. Haziyah text me. Fuhhh ! Nasib baik dia hantar mesej, kalau tak dah lama tertinggal tuisyen fizik.

mata aku macam mata spongebob pagii tadi.





masuk je kelas Fizik, tengok2 tempat dah penuh. Hanya tempat sebelah kanan depan  je yang tak ada orang duduk, dkat barisan ke3 ada 1 lgi tmpat kosong, tapi memandangkan barisan ke4 dan seterusnya dihuni oleh jejaka yang tampan,bergaya serta pandai,  Aku pun terus la jalan dengan sopan menuju ke meja depan yang tak ada penghuni tu. Tiba-tiba je, cikgu Fizik masuk kelas dan arahkan aku untuk duduk di bahagian tengah sebab  meja yang aku duduk tu meja dia. Aku rasa macam maluuuunyaaa nak bangun ubah tempat duduk. Tapi apakan daya, Aku bangun je buat muka tembok. terus jalan ke meja yang cikgu suruh aku duduk. semua orang dalam kelas tu perhatikan aku. dalam hati " weii, tengok-tengok apa, orang perempuan bangun pun kau nak usha ka?" memang time aku sorang ja yg masuk kelas lambat. T_T. Memang menyesalll gila ah, Dah lah mata kuyu + sembab akibat menangis smlam, Haisssshh, cikgu pula tegur aku kata, Jangan lah sedihh, ubah tempat duduk je,  Aku macam cikgu ni apa kes.





Lepas je habis kelas fizik, aku , Haziyah & Nadiah terus pergi shopping complex. 'TS' . Beli barang untuk nak hias kelas, memang lama gila ah dduk dlm tuh, bayangkan lah, dri pkul 11 smpai lah pkul 2. Rm105 habis digunakan dalam masa 3 jam. Terkejut tak, terkejut tak ? HAHA, Alhamdulillah, barang-barang untuk kelas banyak yang dah beli kecuali tinggal barang2 yang tak brpa penting je yg blum beli lagi. Harap2 rakan-rakan aku yang senang bertoleransi suka dgn barang-barang yang kami bertiga beli. Kalau tak suka jugakkk, memang nak kena paksa bagi suka jugak. Penat tau beli semua barang ni, dah lah banyak .

Inilah kali pertama kitaorang keluar bersama. sebelum ni kalau keluar tak pernah pun keluar sama2. heeee =)

Out of the blue, aku boleh pulak terserempak dengan kawan lama aku, Cuba teka sapa yang tegur sapa ? teka ahhh, "Alahhh, Anis ni, yang ni pun nak main teka-teka ke? straight to the point kan senang" . Hmm, okay2 , aku ckap ni, aku dan kawan lama aku pura-pura buat tak kenal. HAHAHA, omgggg, jalan selisih pun buat dunnoe je. wahhh, senang hati mcm tuh, tapi tetiba je aku toleh kebelakang dan senyumm dekat diorang. "eh, kenapa aku senyum ni, Haissshh, malunya" Hati aku berkata-kata. memang kelakar ah time tu . :)

motif aku tulis entry ni, : akibat kekeringan idea . :)




Sunday 1 January 2012

Dream Board



Assalamualaikum ,

 Hari ni perlis dihujani hujan rahmat . Hujan lebat semalaman , Adakah perlis akan dilanda banjir ? Hanya Allah yang mengetahuinya .

Hari ni 1 Jan 2012 bersamaan 6 Safar 1433 Hijrah. Bermakna perjalanan aku sebagai seorang pelajar Tingakatan 5 yang bakal menduduki Sijil Penilaian Malaysia (SPM) telah pun bermula . SPM penentu masa depan . Yeah, Betul ! SPM adalah segala-galanya .

Okay, berbalik kepada tajuk ,

Dream board . I never had dream board . but my sis asked me to do wish list which is same as dream board. Creating dream board is very similar to write outs your goals in Life, except a vision invokes more emotions then simply writing outs your goals .  






Saya dah buat Dream Board saya . Anda bila lagi ?

Take your time and feel the emotion the picture is invoking in you . Notice the type of colors that are on your board, they should inspire and stimulate your creative center . Take in the energy you feel when you look at all the wonderful places you will be traveling to or the success you have gained .