sekali anda tersungkur, Ingatah bahawa anda tidak mahu tersungkur buat selama-lamanya.

Monday 27 February 2012

Exam Week

Assalamualaikum,








Hari ni  Ujian Penilaian 1 dah start . Alhamdulillah, semuanya berjalan Lancar . Cuma, ada masalah sikit dengan sejarah .  huhu :( Aku baca buku yang tingkatan 4 , hampir 60 % . tuptup masuk exam 100 % tingkatan 5 . Tingting, lepas tu start ah gelabah, Tetiba je garu kepala yang tak gatal. Haissh :( tapi,  aku cuba tenangkan perasaan aku, kalau gelabah sure ah tak boleh jawab, Zikir perlahan-lahan dalam Hati, harap Allah bagi petunjuk dan hidayah kepada aku, And Alhamdulillah, I can answer the question .


sentiasa basahkan lidah anda dengan zikrullah 



Esok, exam Kimia . Pray for me okay :)
Lagi beberapa bulan lagi aku akan menduduki peperiksaan SPM
Ya Allah, debaran kian terasa,

Aku harap aku dapat jadi seorang yang tabah, yang kental, yang mempunyai semangat yang kuat .
Lepas ni  tak mau cakap saja tapi tak buat .  Nak kena ubah diri , sikap , penampilan .

Kalau aku tak dapat keputusan yang bagus untuk ujian penilaian 1 ni, tak bermakna aku akan dpat result yang teruk macam ni sampai SPM .

Ingat tak Nick yuvicic cakap apa, " IF I FAIL, I TRY,TRY,TRY,TRY "







Sunday 26 February 2012

Yes, I'm still student

oh, hey, Assalamualaikum

Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Sibuk dengan sekolah, kelas tambahan, aktiviti kokurikulum, tuisyen. Jadual harian aku memang sangat padat sejak akhir-akhir ini. Mana tak nya, sebelum Matahari terbit aku dah pergi ke sekolah, matahari terbenam baru sampai rumah. See, memang macam ni kut kalau jadi seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Sejak aku pergi sekolah dan pulang dengan menaiki bas aku rasa banyak perubahan drastik yang berlaku pada diri aku . Aku jadi lebih banyak menhargai masa. Aku rasa Masa sanggat berharga Dari Emas .


Jadi ketua kelas sangat besar amanah yang diberikan oeh guru dan kawan-kawan. Aku rasa sifat kepimpinan aku masih lagi ditahap yang sederhana. Kadang-kadang aku rasa macam aku tak layak untuk pegang jawatan ini. Tapi bila difikir-fikir balik mungkin ini satu latihan atau peluang yang Allah berikan kepada aku. Entahlah, aku tak dapat nak bertegas dengan kawan- kawan aku. Aku tak pernah marah mereka. Mungkin aku seorang ketua yang boleh bertoleransi . Ceh ceh . HAHA. 

Minggu lepas aku dengan kawan- kawan aku join satu pertandingan. Mereka sepanduk sempena majlis penutupan Maulidur Rasul dengan Kuiz sempena Majlis Tilawah Al-quran ( MTQ). Alhamdulillah, walaupun kami tak menang . Tapi aku rasa, hubungan aku dengan kawan-kawan aku semakin rapat. Bekerjaama dalam  1 kumpulan memang best, lagi best kalau Team Work  sekepala. buat kerja lancar je . :)



Oh yea

Untuk makluman hampa semua,Esok , Isnin 27/02 aku dah start ujian penilaian 1. Aku harap aku tak dapat F lagi untuk Addmaths. Aku perlu korbankan benda yang kecil untuk dapat sesuatu yang besar  . Doakan aku ye :)) ACT,  Buku pun tak baca lagi. Mamfusss, 11 subjek wehh. Ceh ! buat teruk, 





Okay ah, Aku nak chau dulu, nak Lunch, lepas tu sambung study balik.  


Monday 13 February 2012

Best Motivational video ever



Assalamualaikum ,



Tahun ini adalah tahun pengorbanan bagi sesiapa yang bakal menduduki peperiksaan tak kira lah sama ada peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM,STAM .

Sekarang dah masuk bulan dua . 2 minggu yang akan datang aku akan menduduki ujian penilaian 1 . Ya Allah terasa cepatnya masa berlalu. Aku masih lagi leka dan lalai dalam dunia khayalan yang aku cipta sendiri. Aku kena ubah sikap aku. Aku tak akan berjaya kalau aku masih lagi berada di zon selesa sekarang.

Masa tidak akan menunggu orang yang malas.

Ujian Diagnostik yang aku ambil minggu lepas dan minggu ini membuktikan bahawa aku seorang yang malas. Ya, Aku akui yang aku seorang yang malas untuk baca buku. Kenapa? kenapa? dan kenapa ? Aku tak paham dengan diri aku ini. 

Aku perlukan motivasi untuk berjaya, Ya, motivasi . Aku perlu uruskan masa dengan teratur. 

Pelajar yang cemerlang ialah 
seseorang yang bijak mengurus masa.


Kenal tak dengan Nick Vujicic. kalau tak kenal boleh klik [ sini ]. Aku menangis bila tengok Video Nick . Ya Allah, sungguh hebat dugaan yang kau berikan kepadanya .






Nick seorang yang tak pernah kenal erti putus asa. Ini ada sebahagin dari kata2 beliau. 

I love Living Life. I am Happy
If I fail, I try again, again and again.


Yes, If I fail, I try again,again and again Like you Nick. You're my Inspiration . 
bersemangat bila tengok video ni. Rasa mcm nak stay Up malam ni. selamat bermotivasi kalian semua.