sekali anda tersungkur, Ingatah bahawa anda tidak mahu tersungkur buat selama-lamanya.

Sunday 15 January 2012

tragedis .

Assalamualaikum . . .

Hari Ahad yng amat memenatkan + memalukan = mematangkan diri aku .
pagi tadi selepas subuh, aku tertidur balik.(aku jarang tidur balik lepas subuh, nnt rezeki lari) tidur balik pun sbb smlm tidur lewat akibat berlaku suatu peristiwa.

I almost forgot that I got Physics tuition. time tgh tidur tuh, tetiba jer dengar bunyi mesej masuk. Mulanya malas nk baca mesej tu, tapi entah macam mana tangan dah laju tekan keypad. Haziyah text me. Fuhhh ! Nasib baik dia hantar mesej, kalau tak dah lama tertinggal tuisyen fizik.

mata aku macam mata spongebob pagii tadi.





masuk je kelas Fizik, tengok2 tempat dah penuh. Hanya tempat sebelah kanan depan  je yang tak ada orang duduk, dkat barisan ke3 ada 1 lgi tmpat kosong, tapi memandangkan barisan ke4 dan seterusnya dihuni oleh jejaka yang tampan,bergaya serta pandai,  Aku pun terus la jalan dengan sopan menuju ke meja depan yang tak ada penghuni tu. Tiba-tiba je, cikgu Fizik masuk kelas dan arahkan aku untuk duduk di bahagian tengah sebab  meja yang aku duduk tu meja dia. Aku rasa macam maluuuunyaaa nak bangun ubah tempat duduk. Tapi apakan daya, Aku bangun je buat muka tembok. terus jalan ke meja yang cikgu suruh aku duduk. semua orang dalam kelas tu perhatikan aku. dalam hati " weii, tengok-tengok apa, orang perempuan bangun pun kau nak usha ka?" memang time aku sorang ja yg masuk kelas lambat. T_T. Memang menyesalll gila ah, Dah lah mata kuyu + sembab akibat menangis smlam, Haisssshh, cikgu pula tegur aku kata, Jangan lah sedihh, ubah tempat duduk je,  Aku macam cikgu ni apa kes.





Lepas je habis kelas fizik, aku , Haziyah & Nadiah terus pergi shopping complex. 'TS' . Beli barang untuk nak hias kelas, memang lama gila ah dduk dlm tuh, bayangkan lah, dri pkul 11 smpai lah pkul 2. Rm105 habis digunakan dalam masa 3 jam. Terkejut tak, terkejut tak ? HAHA, Alhamdulillah, barang-barang untuk kelas banyak yang dah beli kecuali tinggal barang2 yang tak brpa penting je yg blum beli lagi. Harap2 rakan-rakan aku yang senang bertoleransi suka dgn barang-barang yang kami bertiga beli. Kalau tak suka jugakkk, memang nak kena paksa bagi suka jugak. Penat tau beli semua barang ni, dah lah banyak .

Inilah kali pertama kitaorang keluar bersama. sebelum ni kalau keluar tak pernah pun keluar sama2. heeee =)

Out of the blue, aku boleh pulak terserempak dengan kawan lama aku, Cuba teka sapa yang tegur sapa ? teka ahhh, "Alahhh, Anis ni, yang ni pun nak main teka-teka ke? straight to the point kan senang" . Hmm, okay2 , aku ckap ni, aku dan kawan lama aku pura-pura buat tak kenal. HAHAHA, omgggg, jalan selisih pun buat dunnoe je. wahhh, senang hati mcm tuh, tapi tetiba je aku toleh kebelakang dan senyumm dekat diorang. "eh, kenapa aku senyum ni, Haissshh, malunya" Hati aku berkata-kata. memang kelakar ah time tu . :)

motif aku tulis entry ni, : akibat kekeringan idea . :)




No comments: